Wednesday, 21 May 2014

Forever as Friend


Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, baik dari sudut kebendaan, kecenderungan mahupun tingkah laku. Sama ada kita akan terikut-ikut dengan kecenderungannya, ataupun sebaliknya, dia akan terpengaruh dengan kita.
Secara umumnya, kita melihat orang yang baik akan bersahabat dengan orang yang baik dan begitu juga sebaliknya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Perumpamaan orang yang bersaudara adalah seperti dua tangan, yang satu membersihkan yang lainnya.” (Riwayat al-Dailamai)
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
“Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi, sama ada ia memberi anda sebahagian ataupun anda membeli bau-bauan daripadanya, ataupun sekurang-kurangnya anda mendapat juga bau daripadanya. Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar, ataupun anda mendapat bau yang kurang enak.” (Riwayat Abu Daud)
Oleh sebab itu, kita harus berhati-hati untuk menjadikan seseorang itu sebagai kawan, teman ataupun sahabat. Sahabat semestinya memiliki sifat-sifat yang terpuji untuk kita ikuti dan contohi. Sahabat boleh membahagiakan kita untuk menempuh kehidupan di dunia ini dan juga membantu kita di akhirat kelak.

Our friendship until Jannah, InshaAllah.. I Love you, Nadiah Kamarudin ^-^


Thursday, 23 May 2013

JUAL MAHAL ~

Kalau aku tak dapat cinta lagi, bagaimana?
Mungkin dibenak kita segala ketakutan akan menyergap. Takut sepanjang hari, takut tidak ada cinta yang hadir lagi, takut hidup menjadi rapuh dan tidak menarik lagi. Yakinlah kepada Allah, bila saatnya tiba, semuanya akan tersedia.Kita hanya perlu menundanya sahaja, jangan sekarang, tetapi esok sahaja.
Yang kita perlukan sekarang adalah fokus kepada tujuan hidup kita. Menciptakan asas yang kuat untuk masa depan yang lebih hebat. Kita hanya perlu bersabar.Yakinlah bahawa Allah telah menyediakan kita putera atau puteri cantik dan terbaik sebagai jodoh kita. Berganding selamanya dalam pelukan cinta yang dalam dan menghangatkan. Bersama menuju redha dan keampunanNya.
Banyak orang berganti – berganti pasangan dengan alasan mencari cinta yang sebenar. Tapi bagaimana dengan mereka yang  tidak berpengalaman bercinta?
Adakah mereka akan sukar untuk mendapatkan cinta?
Tentu sahaja tidak. Sebab cinta itu boleh diciptakan, boleh ditumbuhkan, cinta tidak hadir tanpa alasan. Sudah banyak orang membuktikan perkara ini. Asal niatnya benar dan berusaha dengan benar serta tawakkal pada Allah, maka tidak ada yang tidak mungkin. Sebab itu digalakkan cinta selepas kahwin.
Ingatlah, siapa yang mencipta hati kita? Adakah kita sendiri? Bukan.
Yang menciptakan hati kita adalah Allah. Allah yang berhak untuk menumbuhkan rasa cinta dihati kita. Kita hanya berikhtiar mencari seseorang yang cocok di hati, dan Allah dengan kekuasaan-Nya akan membuahkan rasa cinta di hati kita. Adakah kita yakin dengan perkara ini?
Pernah tak anda terjumpa seorang gadis yang membenci separuh mati kepada ex-teman lelakinya? Segala sumpah seranah keluar dengan lancang, caci-maki berlari tanpa henti. Seolah-olah tiada sedikit pun kebaikan pada teman lelakinya.
Tetapi waktu berjalan dengan perasaannya pun berubah perlahan-lahan. Rasa bencinya berubah menjadi rindu. Rasa kecewanya berubah menjadi pasrah, ingin bertemu dan ingin selalu merindu. Itulah keajaiban hati yang telah Allah tentukan.
Bukan kita yang menggerakkan hati tetapi Allah yang selalu hadir untuk kita. Bila kita meyakini perkara ini, maka tidak akan ada ragu didalam hati. Tidak perlu risau jika cinta tidak kunjung tiba. Tidak perlu gelisah bertanya kerana cinta itu ada untuk kita.
Selama kita menjaga diri, menguatkan diri dengan akhlak Islam, menjaga kehormatan diri dan hati, maka Allah akan pilihkan pasangan yang tepat untuk kita. Bukan sekarang, bukan juga esok pagi, tetapi bila tiba saatnya. Kita hanya akan tersipu dan menerimanya dengan sepenuh hati.
Tak salah jual mahal time belajar ni, yakinlah dengan jodoh Allah. Jual mahal bukan bererti sombong, tetapi bijak mengawal perasaan. Letakkan cinta pada tempatnya. Jangan sampai menggelapkan mata dan hati. Untung dan ruginya manusia dapat diukur daripada sikapnya terhadap waktu.
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman  dan mengerjakan amal soleh dan menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat- menasihati supaya menetapi kesabaran” – ( al-Asr ayat 1 – 3 )
jika kita nak ubah dunia, ubah manusianya.
Jika hendak ubah manusianya, ubah hatinya.
Jika hendak ubah hatinya, ubah solatnya."
BAGAIMANA DIA SOLAT, BEGITULAH ORNGNYA..


Friday, 2 November 2012

13 Alasan Wanita Tentang Aurat..


WAHAI SUME KAUM HAWA ,, PELIHARALAH AURAT MU (:

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
.

DIMANAKAH CANTIKNYA SEORANG WANITA ?


 “ Saya tak cantik, sebab itulah tiada sesiapa sudi berkenalan dengan saya, lainlah awak, cantik, muka bersih takde jerawat pun sebab itu semua lelaki minat dekat awak”



Betulkah begitu? Adakah lelaki hanya jatuh hati kepada wanita yang cantik, iaitu rupa paras sahaja?
Sebenarnya;
Wanita yang cantik,
Bukanlah si pemilik wajah indah,
Bukanlah si pemilik pipi merah,
Bukanlah si pemilik hidung mancung,
Bukanlah kerana indahnya persalinan,
Bukanlah kerana mahalnya hijab,
Tetapi!
Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat  menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
Selain kerana ketepatan amalan, segala ibadah akan sia-sia tanpa nama dan pengkuan dari Allah dan Rasulnya.

JIKA AKU DIBERI PILIHAN


 Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya..
Jika ada sepuluh pilhan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya.
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu…

Aku tidak akan memaksakan diriku untuk memilihnya..
Buatlah aku mencintai pilihan yg Kau berikan.
Buatlah aku setia pada pilihanMu,

Thursday, 9 August 2012

MATA INI INGIN SELALU MEMANDANG MU ^__^


CORETAN HATI HAMBA YG LEMAH ;(
Mata ini ingin selalu memandangmu….
Tapi tak ku teruskan…
Bimbang akan mencium bau zina….
Hati pula tak kuingini dikuasai oleh nafsu…
Lalu aku tinggalkan semuanya….
Tak ku zahirkan didepanmu….
Cukup hanya ALLAH saja yang tahu…
Ku tersenyum padamu bukan beerti ku ingin menggodamu….
Kerana aku takut ku kan terbakar dalam godaan itu…
Cukup sekadar ingin mengatakan ku senang dengan kehadiranmu….
Kadang2 seperti sebuah harapan dihulurkan…
Tapi aku tak terus melompat girang….
Kerna ku tak yakin apakah benar tiap apa yang dikatakan….
Bukan senyum tawa yang kurasakan tapi deraian airmata yang kutitipkan…
Bimbang dihati kian mengembang….
Gusar andai yang kuinginkan tak seperti yang kau bakal berikan….
Mampukah diri ini menelan segala kekecewaan?
Mungkin ya jika segalanya kerana TUHAN dan berlandaskan iman…
Tiap masa doa kurafakkan…
Moga DIA membuka pintu hatimu….
Biarpun aku tak pasti bukan untuk menerimaku…
Kerana cintaNYA aku mengenalimu…
Kerana kasihNYA aku mula mendekatimu…
Kerana agama yang ada padamu aku mula jatuh hati padamu…
Namun cinta yang didamba hanyalah cinta yang mendatangkan pahala….
Biar hati2 kita bersatu kerana ingin memiliki redhaNYA…
Biar hati2 kita bertaut kerana ingin berjuang demi agamaNYA…
Biar hati2 kita saling menyinta untuk menuju syurgaNYA…
Moga kata hati yang kurasakan ini bukanlah cinta yang akan mengheret kita kepada dosa dan kemurkaan ALLAH…
Biar kita sama2 mengubati kehausan jiwa kita dengan secangkir air cinta dari syurga…
Bukan menjemput air timah dari neraka…
Sesungguhnya aku memahami bukan mudah meraih cinta yang berbuah pahala…
Biar syahadat cintaku padamu ini terus bersemadi dihati…

KIFARAH CINTA ;)


Aku insan yang ter kifarah kerana cinta hamba. Tidak sekali aku sesali apa yang terjadi ke atas diriku ini. Semua ini sudah ketentuanNya. Semua ini telah diatur untuk ku, hamba Mu yang tersasar langkah dalam mengalur cinta yang berkiblatkan nafsu. Tidak sekali aku meletakkan salah dan silap ini di atas mantan. Terima kasih kepada mantan kerana meletakkan noktah pada hubungan yang terlarang ini kerana diri ini tiada daya untuk melakukan sedemikian.

Diri ini sedang mabuk dilambung ombak nafsu. Walaupun tiada kepastian atas dasar apa hubungan ini terhenti. Bukan itu yang mahu ku cari. Bukan jawapan itu yang ingin ku cari. Aku mencari hikmah disebalik kifarah Allah ini. Biarlah diri ini sahaja yang merasa akan kifarah ini kerana mantan mungkin belum tiba masanya. Aku telah melakukan sedaya untuk menyedarkan mantan.

 Dulu aku merasa nikmatnya dunia. Aku merasa nikmatnya cinta hamba. Bagaikan lautan nikmat yang terbentang luas. Saat bersama ku rasakan bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Saat cinta dan hati kita bertaut ku rasakan kita akan kecapi bahagia selamanya. Ku sangkakan hamparan oasis yang terbentang fana yang dapat menghilangkan dahagaku. Ku korbankan segala untuk kecapinya. Ku abaikan segala untuk mengejarnya. Rupanya hanya hamparan fatamorgana yang tidak akan sama sekali menghilangkan kehausan ku.

Dulu pelbagai janji telah ku taburkan. Pelbagai impian telah ku bina untuk memiliki kononnya sebuah istana impian di mana sang mantan adalah permaisuri yang bersemayam di singgah sana. Manakala akulah Raja di samping sang mantan. Ku bina sebuah istana khayalan atas lapangan nafsu yang mendap. Ku bina istana khayalan dari sebuah tiang iman yang rapuh.

Lalu bila ketentuan Allah itu datang untuk menyuluh hati hamba-hambaNya istana khayalan hanya kekal sebagai sebuah istana khayalan malahan runtuh menimpa tuan. Jangan diratapi kemusnahan impian. Ratapilah keruntuhan iman. Jangan disalahkan mantan kerana mantan hanya permaisuri yang bersemayam. Raja yang sepatutnya memimpin dan membina istana di atas lapangan keredhaan Allah. Raja yang sepatutnya memimpin membina istana dari tiang iman yang teguh.  

Sekarang biarkan aku terus haus mengejar fatamorgana yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah. Aku redha dengan kifarah Mu ini. Biarlah kifarah ini menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.

COPY N PASTE DRI INSAN YG LEMAH ;(

Forever as Friend

Memiliki sahabat sejati merupakan satu anugerah yang tidak ternilai kerana sahabat boleh mewarnai dan mempengaruhi kehidupan kita, b...